Tuesday, October 05, 2010

Apple Harvest

Salam friends....

Dah agak lama tak update blog ni,bukannya apa , sbb tak ada benda baru nak dikongsi. Alhamdulillah last week dapat parcel dari EV so boleh la buat N3 ni. Console table ni dalam previous N3 saya letak koleksi trio, tapi bila cik port ni sampai kena la ubah. Trio2 tu dah kena sangkut kat dinding untuk bagi laluan kat cik port ni.....




Posted by Picasa

Friday, September 10, 2010

OCR - Cottage

Salam 1 Ukhuwah

Sekarang ni masih lagi kat JB, tapi sebelum turun JB hr tu last minute sempat snap a few pictures,  so bolehla buat N3 ni. Collection OCR-Cottage ni sebagai tambahan  kpd set OCRku yang seciput tu. Bila letak sekali nampaklah penuh sikit rak putih tu.






Tuesday, September 07, 2010

EID MUBARAK

Posted by Picasa

Curtain Raya

Salam 1 ukhuwah

Alhamdulillah dah selamat sampai ke JB 4.30 am tadi. Lepas sahur terus buka blog nak buat N3 ttg curtain  dekat living room saya, gambar2 ni sempat snap sebelum bertolak ke JB  . Sebenarnya ni curtain lama cuma diberi nafas baru. Nak save budget. Cuma tukar valance dia ja, day curtain di pindah ke depan and night curtain dok kat belakang, nampak juga la beza dgn tahun lepas.

Curtain Lama


Curtain Baru


Valance ja yang baru, lain semuanya recycle. Design lain sikit dr yg lama, rasanya boxpleat kot tak pasti.....

Friday, September 03, 2010

Console Table-Makeover & Trio Collection

Salam 1 Ukhuwah


Dah agak lama tak menulis dalam blog, bukannya apa, ni sbb tak ada benda baru yang nak di kongsi.N3 hari ni nak share dengan semua member2 cyber console table yang telah di cat semula plus my first trio collection.  Ni  kira projek hujung minggu la, tapi bukan cat sendiri ye. Minta tlg hubby spraykan.  Nasib baikla dia sanggup nak tolong. Console table ni sebenarnya nak letak trio2 yang baru dapat. Semuanya dari EV.



Before


After


Ada 5 trios semuanya RA,  Paragon, lagi satu tak ingat...


Semua trios tu dah dapat tempat parking,  dekat console table yang telah di makeover, alhamdulillah ada console table yang lama, klw tidak  melayang lagi le duit



Friday, July 02, 2010

New Window Dressing

Salam 1 ukhuwah

Hari ni mcm lepas gian pulak , buat n3 sampai 2x, sbb dah lama tak update blog tiba2 ja angin rajin tu mai. Untuk n3 just nak share my new window dressing! Latest collection from Elyza, walaupun latest rasanya collection lama lagi cun.....


Combination of roman blind dan overlap untuk day curtain


Letak ribbon sikit biar nampak sweet


Before


Before

Thursday, July 01, 2010

RA - JUG

Salam 1 Ukhuwah

Semalam dapat parcel, excited bangat sbb dah lama tunggu. So ni la barangnya RA - Jug. Jug tu letak kat coffee table gantikan bunga lama.



Ni la hasilnya, bunga recycle yang lama ja....




Tuesday, June 08, 2010

Cuti2 Singapore

Salam 1 Ukhuwah

N3 hari ni tak ada kena mengena dgn deco ala english , since dah lama tak update blog, and takut blog ni terus bersawang saya buat la juga n3 ni. Sempena cuti sekolah ni bawa anak2 ke Singapore. Semestinya ke Universal Studio, attraction baru kat sana...nak bawa ke US kena RM banyak baru boleh p. Uni. Stu. kat S'pore pun best juga cuma bila tangkap gambar tak nampak la org bermata biru and berambut blonde. Apa2 pun anak2 seronok, ajak p lagi bln December nanti.





Thursday, May 27, 2010

Botanic Rose-Covered Casserole

Salam 1 ukhuwah

N3 hr ni ttg covered casserole yang beli dr EV. Bertambah la lg satu collection cik port dalam simpanan saya. Casserole ni match kan dgn bowl yang kecil tu mcm n3 Mona dlm blog EV cuma saya tak beli piring sj. Maybe in future.



Mangkuk ni kalau makan bubur kacang sedap ni - size dia just nice

Tuesday, May 25, 2010

Hunting Di Romantika

Salam 1 Ukhuwah

Last Monday turun Shah Alam ada meeting. Kalau p Shah Alam tak sah la kalau tak singgah di Alam Sentral. Semestinya tingkat 5, apa lagi kalau bukan Romantika. So ni la hasilnya.....floor mat and tissue


Dapat la 2 pieces floor mat yang berkenan



Collection tissue dah banyak tapi tak buat2 pun decoupage

Sunday, May 23, 2010

Menu Sudut Dapur

Salam 1 Ukhuwah

Semalam sempat p rumah Ira ambik barang. Balik ja terus parking kat kabinet dapur tu. Angan2 nak guna blackboard tu bila ada jamuan or gathering dgn family. Paling dekat birthday anak bulan Jun , so kena tunggu la dulu......baru boleh buat experiment.





Bekas garlic bread dpt masa hunting kat carboot sale....

Muat2 ja roti ni...tapi roti hiasan aja...

Friday, May 21, 2010

RA OCR Yang Seciput

Salam 1 ukhuwah

N3 hari Jumaat ni ttg RA OCR yang ada dalam collection saya. Collection ni sikit saja, kira mcm ambik syarat ja la, sbb teringin tengok orang dok collect RA ni. Nak collect banyak2 tak tercapai dek tangan. .....




Monday, May 17, 2010

Strawberry runner for sale

Sesiapa yang berminat nak beli runner motif strawberry contact saya di 012-4041595


Size 72" X 20"
Price : RM 42 tak termasuk postage and handling


Friday, May 14, 2010

Rak di bukaan Tangga

Salam 1 ukhuwah

Rak ni asalnya adalah dinding yg memisahkan dapur dan tangga. Telah diubahsuai dengan membuat bukaan berbentuk tingkap dan dibuatkan rak untuk meletak barang2 hiasan. Anak2 dah dipesan agar jgn ganas sangat masa naik tangga.... ha..ha...